Program “Writing Day” FSSR Melaka : Taklimat Verifikasi Bahan Penerbitan Di Sistem PRIMe

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM dengan kerjasama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) dari UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Program “Writing Day” FSSR UiTM Melaka : Taklimat Verifikasi Bahan Penerbitan di Sistem PRIMe. Taklimat ini diadakan pada 25 Mei 2022, Rabu, 2.30 tengah hari sehingga 4.30 petang secara atas talian melalui platform Google Meet. Taklimat disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membantu para penyelidik di UiTM dalam menggunakan modul penerbitan bagi mendaftar penerbitan mereka dengan sebaiknya. Disamping itu, Sistem PRIMe merupakan satu sistem baharu yang diperkenalkan bagi menggantikan Sistem PRISMa. Program anjuran Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis (FSSR) ini mendapat sambutan yang amat baik oleh pensyarah FSSR UiTM Cawangan Melaka. Seramai 65 orang pensyarah dari Fakulti FSSR telah menyertai taklimat ini.

Pengisian taklimat yang terdapat di dalam Program “Writing Day” FSSR Melaka ialah :

  1. Pendaftaran bahan terbitan dengan menggunakan Sistem PRIMe.
  2. Kategori-kategori bahan terbitan yang boleh diterbitkan.
  3. Proses mengemaskini metadata bahan di dalam Sistem PRIMe.
  4. Jenis kesilapan semasa mendaftarkan bahan di dalam Sistem PRIMe
  5. Perbincangan isu/masalah yang dihadapi oleh penyelidik

Objektif taklimat ini diadakan adalah :

i.     Memberi pengetahuan tentang proses kerja validasi penyelidikan yang terkini    

       bagi memantapkan proses sedia ada

ii.    Membantu penyelidik dalam proses muatnaik bahan ke Sistem PRIMe

iii.   Meningkatkan pemahaman penyelidik tentang fungsi dan tugas utama Unit

       Sokongan Penyelidikan di PTAR UiTM

iv.   Menguruskan penerbitan universiti dengan lebih sistematik dan memberi impak

       kepada penghasilan penyelidikan yang lebih berkualiti

Taklimat ini meletakkan harapan tinggi agar objektif yang disasarkan dapat dicapai seterusnya memberikan impak kepada pengurusan penerbitan UiTM Cawangan Melaka khususnya bagi membantu sedikit sebanyak pemasalahan dan persoalan penerbit yang dihadapi semasa menghadiri taklimat tersebut. Hasil dari taklimat itu, ramai dikalangan penyelidik Fakulti FSSR memberikan komen yang positif yang mana sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam mendaftarkan penerbitan di Sistem PRIMe.

Disediakan oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply