Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit @ “Let’s Read Together 10 Minutes” sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia

Program“Jom Baca Bersama 10 Minit” merupakan antara inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)   untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat seterusnya menjadikan tabiat suka membaca sebagai satu amalan hidup. Berdasarkan laporan World’s Most Literate Nation 2020, Malaysia berada pada kedudukan ke-53 dalam senarai negara membaca. Walau apa pun yang anda lakukan, berhenti sejenak pada 21 April 2022 (Khamis) pada jam 11.00 pagi dan jom baca secara serentak selama 10 Minit di lokasi masing-masing. Bahan bacaan ini terdiri daripada banyak sumber sama ada secara fizikal seperti buku atau secara maya (online).

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program berkenaan di UiTM Kampus Bandaraya.

Disediakan Oleh: Puan Siti Haidah Mad Aziz , Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawanagan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply