Majlis Perasmian Smart Classroom 1, Smart Classroom 2 Dan Big Data Lab Perpustakaan UiTM Sabah oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Teknologi MARA

Pada 25hb Mei 2022 (Rabu), PTAR UiTM Sabah dengan berbesar hati telah menerima kunjungan daripada YBhg. Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Teknologi MARA beserta dengan rombongan, untuk menghadiri Majlis Perasmian Smart Classroom1, Smart Classroom 2 Dan Big Data Lab, Perpustakaan UiTM Sabah.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Dr. Firdausi Bin Suffian, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Sabah dan YBhg. Datin Dr. Rafidah Binti Datuk Haji Salleh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Sabah.

Avatar photo
Marlia binti Yuming PTAR Kota Kinabalu Sabah

Leave a Reply