LAWATAN KUNJUNG HORMAT DARIPADA PUSAT SUMBER PUTERI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA (IPGK PM)

Pada 18 Mei 2022 jam 10.00 pagi PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah menerima Kunjung Hormat daripada Wakil Pusat Sumber Puteri IPGK PM. Pusat Sumber Puteri IPGK PM diwakili oleh En. Azhar bin Abdullah dan Mohd Nasaruddin bin Ali.

Sejajar dengan itu, satu sesi perbincangan kolaborasi antara PTAR dan Pusat Sumber Puteri IPGK PM telah diadakan . Objektif sesi perbicangan ini ialah untuk perkongsian maklumat dan kepakaran  berkaitan perkhidmatan PTAR dalam perkongsian bahan rujukan perpustakaan, aktiviti galakkan membaca dan seumpamanya.

Adalah diharapkan agar sesi perbincangan ini menjadi asas kepada kerjasama kedua-dua pihak dalam memantapkan Pengurusan Perpustakaan di tempat masing-masing.

Di sediakan Oleh : Puan Siti Haidah Md. Aziz, Pustakawan Kanan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply