Kunjungan Hormat Siri II : Bersama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)

14 April 2022 – Satu sesi Kunjungan Hormat Bersama JPK UiTM Cawangan Johor telah diadakan dengan tujuan mempergiatkan promosi serta hebahan tentang kemudahan dan perkhidmatan terkini Perpustakaan. Sesi ini melibatkan seramai 39 orang JPK yang diadakan secara bersemuka di Bilik Seminar Kolej Nilam.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Dr. Basaruddin Shah bin Basri, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Johor. Program diteruskan dengan penyampaian surat pelantikan Friends@PTDI kepada Biro Akademik, JPK A, B dan C. 

Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan telah disampaikan oleh Puan Siti Rozana binti Mat Sanat dan Encik Ahmad Akmal bin Mohd Idris. Selain mendengar taklimat, pelajar turut melakukan aktiviti secara hands on bagi berkunjung secara maya ke portal Perpustakaan, memuat turun artikel jurnal, dan menggunapakai My Knowledge portal.

Diharap dengan sesi ini memberi pengetahuan berkaitan inisiatif Perpustakaan Digital yang ditawarkan oleh Perpustakaan kepada pelajar di samping dapat membantu mereka memahami fungsi dan peranan setiap inisiatif dalam menyokong pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MPP UiTM Cawangan Johor dan semoga jalinan kerjasama ini berpanjangan.

Dr. Basaruddin Shah bin Basri, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Johor
Barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Sektor A, B & C
Penyerahan Surat Pelantikan

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat | Pustakawan Kanan

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply