Live@PTDI : Program Bersama Penulis Buku – Muhammad Bukan Pendusta : Membongkar Fitnah Dan Pembohongan Atas Nama Nabi Muhammad S.A.W

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Salah satu cara untuk membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan membaca yang berterusan. 

Pada 14 April 2022 yang lalu, jam 2.00 hingga 3.00 petang, PTDI telah melaksanakan program Bicara Bersama Penulis: Muhammad Bukan Pendusta: Membongkar Fitnah dan Pembohongan Atas Nabi Muhammad SAW. dengan menjemput seorang penulis dari kalangan pensyarah UiTM Johor yang aktif dalam penulisan buku iaitu Puan Rudza Hanim Bt. Mohamed Anuar, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan manakala moderator ialah Cik Fatin Nuraliah Hamiz, Pelajar Latihan Industri.

Antara objektif program adalah:

  1. Membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan galakan  membaca.
  2. Menjadikan program Read@UiTM sebagai satu norma baru dalam melaksanakan program berbentuk ilmiah.
  3. Meningkatkan ketampakan Perpustakaan Tun Dr. Ismail dari usaha-usaha pembudayaan ilmu.
  4. Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.

Dalam Program Bicara Bersama Penulis ini, Puan Rudza Hanim telah membedah buku hasil nukilan beliau iaitu Muhammad Bukan Pendusta: membongkar Fitnah dan Pembohongan Atas Nabi Muhammad SAW. yang dihasilkan bersama suami beliau sendiri. Buku ini membawa penonton untuk merenung dan bermuhasabah mengenai fitnah-fitnah dan pembohongan yang telah dilemparkan terhadap Nabi Muhammad SAW. 

Program ini berakhir dengan sesi penyampai cenderahati dari Puan Rudza Hanim iaitu buku yang ditandatangani sendiri oleh beliau. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat menambahkan lagi pengetahuan dan memberi manfaat kepada semua yang menonton.

Penulis : Roslan bin Mohd Nor | Pembantu Pustakawan Kanan

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply