Kongsi Rezeki 1.0 JSG@PTAR UiTMCPP

Sinergi antara Jabatan Sains Gunaan (JSG) dan PTAR UiTMCPP telah meraikan seramai 35 orang pelajar Pra Pendidikan Tinggi (PPT) serta Kolej Pengajian Kejuruteraan semester 1 daripada golongan B40 melalui Program Kongsi Rezeki 1.0 pada 22 April 2022 yang lepas. Melalui program ini, sumbangan hamper Hari Raya berserta set hidangan KFC telah diserahkan kepada pelajar oleh Dr. Mohd. Muzafar Jumidali, Koordinator JSG.

Majlis telah dimulakan pada jam 3.30 petang dengan taklimat ringkas mengenai PTAR oleh Encik Mohd Shafarin Saad, Pembantu Pustakawan Unit Perkhidmatan Pelanggan. Kemudian ia disusuli dengan pertandingan kuiz Kahoot kepada para pelajar serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Seterusnya ucapan aluan telah disampaikan oleh Koordinator JSG sebelum penyerahan sumbangan dilaksanakan.

Program Kongsi Rezeki 1.0 ini dianjurkan sebagai program berkala oleh Jabatan Sains Gunaan UiTMCPP dan penglibatan PTAR adalah untuk menggalakkan para pelajar mengunjungi perpustakaan serta menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan. Semua pelajar yang terlibat berasa seronok berada di perpustakaan memandangkan ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki ke perpustakaan. Semoga program kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi untuk manfaat semua pihak.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply