Program Read@UiTM: PTAR KJM Scavenger Hunt

Pada 21 April 2022 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan Program Read@UiTM: PTAR KJM Scavenger Hunt. Program ini adalah program bagi menyokong aktiviti Jom Baca 10 Minit peringkat kebangsaan. Program ini bertujuan mendorong warga UiTM untuk membaca dimulai dengan LANGKAH AWAL iaitu selama 10 minit pada hari tersebut sebagai tanda komitmen terhadap kepentingan membaca. Program Jom Baca Bersama 10 minit ini juga diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Program telah dijalankan di PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin yang telah dihadiri oleh 63 orang peserta.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti berikut:

  • Pertandingan Video Telaah Buku
  • Pertandingan Kuiz Kahoot
  • Pertandingan Godek dan Cari
  • Program Jorn Baca Bersama 10 Minit
  • Pertandingan Puzzle Online
  • Pertandingan Swafoto Membaca @PTARKJM

Antara objektif pengisian program ini adalah:

  • Mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa dan staf UiTM dalam memastikan kerjasama dan toleransi berterusan.
  • Memberi pendedahan dan penerokaan tentang kemudahan aplikasi dan sistem PTAR.
  • Memberi tunjuk ajar secara terus tentang permasalahan yang berlaku.
  • Mewujudkan keterlibatan komuniti dan meningkatkan ketampakan (visibility) antara warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM dengan pihak luar.
  • Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu dan meningkatkan pendidikan sepanjang hayat.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply