Program Khidmat Masyarakat: Kongsi Rezeki Bubur Lambuk & Pek Ramadhan PTAR UiTM Cawangan Melaka

Pada 22 April 2022 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat: Kongsi Rezeki Bubur Lambuk & Pek Ramadhan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Program ini adalah merupakan program khidmat masyarakat PTAR UiTM Cawangan Melaka yang mana tujuannya adalah untuk berkongsi rezeki kepada warga Kampus Jasin. Disamping itu, program ini juga memberi peluang kepada individu yang ingin memberi sumbangan ikhlas dalam mengimarahkan program di samping menderma.

Program Khidmat Masyarakat PTAR UiTM Cawangan Melaka dengan mengadakan agihan bubur lambuk kepada semua warga UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin termasuk pelajar-pelajar yang menginap di kolej penginapan pelajar, juga kepada semua kakitangan pembersihan bangunan dan kawasan Kampus Jasin. Sebanyak 864 pek bubur lambuk yang dapat diagihkan kepada warga UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Agihan bubur lambuk ini turut disertai oleh Penolong Rektor Kampus Jasin, Dr. Siti Normah binti Awang Tuah. Dalam agihan ini juga, Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Noor Hayati binti Abu Kassim telah menyampaikan bakul agihan Pek Ramadan kepada 3 orang kakitangan pembersihan perpustakaan dan 3 orang pelajar asnaf yang terpilih.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti berikut:

  • Berkongsi rezeki kepada yang memerlukan.
  • Menjalin ukhuwah bersama warga Kampus.
  • Menjalankan kerja-kerja amal khidmat masyarakat melalui sumbangan masa, tenaga dan kepakaran secara sukarela di bulan yang mulia.
  • Mewujudkan keterlibatan komuniti dan meningkatkan ketampakan (visibility) antara warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM dengan pihak luar.

Didoakan semoga amalan yang baik ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dalam merealisasikan program ini, serta tenaga usaha kakitangan perpustakaan yang telah melaksanakan program sehingga tamat. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Program ini juga adalah bagi tujuan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan Perpustakaan bagi ketiga-tiga kampus, kerana semua kakitangan bagi ketiga-tiga kampus turut sama menyertai Program Khidmat Masyarakat: Kongsi Rezeki Bubur Lambuk & Pek Ramadhan PTAR UiTM Cawangan Melaka ini.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply