Read@UiTM : Kuiz Pameran Maya ‘Gemalai Tari Johor’

Seiring dengan pameran maya yang sedang berlangsung di laman sesawang Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor, kuiz atas talian ‘Gemalai Tari Johor’ turut dijalankan bermula 7 APRIL – 21 APRIL 2022.

Pertandingan Kuiz Atas Talian Gemalai Tari Johor dijalankan melalui aplikasi google form. Ini merupakan salah satu alternatif dan platform pembelajaran yang pihak PTDI gunakan untuk memastikan penglibatan semua warga UiTM dan pelajar sekolah supaya aktif dalam setiap program yang dianjurkan menerusi atas talian ini.

Kuiz ini bukan sahaja terbuka kepada semua warga UiTM Seluruh Malaysia, malah terbuka kepada seluruh pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negeri Johor sahaja. Setiap penyertaan akan menerima e-sijil dan hadiah misteri menanti para pemenang.

Sila klik pautan yang diberikan untuk mendapatkan maklumat pertandingan ini:

bit.ly/KuizAtasTalianGemalaiTariJohor

Bagi memudahkan peserta mencari jawapan kepada kuiz ini, sila klik pautan yang diberikan:- bit.ly/PameranMayaGemalaiTariJohor

Terima kasih.

Penulis: Nurrul Iza Ibrahim dan Siti Fatihah Mohd Fuzi, Pemb. Pustakawan

Nor Azelea Mohd Azahar PTDI Pasir Gudang Johor

Leave a Reply