Pameran maya : ‘Gemalai Tari Johor’ mengimbas kembali keunikan tarian budaya asli dari Johor

Slot koleksi pameran maya Perpustakaan Tun Dr. Ismail dimeriahkan kembali dengan membawa tajuk Gemalai Tari Johor. Pameran ini bertujuan untuk berkongsi maklumat menarik berkaitan tarian tradisional Johor yang semakin dipinggirkan oleh sesetengah masyarakat.

Kupasan setiap jenis tarian yang dibawakan ke dalam pameran ini oleh Cik Sofia Amira Binti Jamal, pelajar Latihan Industri di PTDI Kampus Pasir Gudang, yang turut diisi dengan keindahan tarian dari aspek peralatan muzik yang digunakan serta pakaiannya.


Diharapkan pameran maya ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada tarian warisan dari selatan tanahair. Dan, semoga kupasan yang dibawa akan mengangkat kembali tarian-tarian ini untuk menjadi tarikan khalayak ramai agar tidak pupus ditelan arus kemodenan.

Pameran maya Gemalai Tari Johor boleh diikuti di pautan :
https://johor.library.uitm.edu.my/collections/exhibitions/442-ihya-ramadan

Pameran maya Gemalai Tari Johor yang mengetengahkan kembali keunikan tarian dari Johor.

Penulis: Nurrul Iza Ibrahim, Pembantu Pustakawan

Nor Azelea Mohd Azahar PTDI Pasir Gudang Johor

Leave a Reply