Read@UiTM: PERTANDINGAN BEST RAMADHAN QUOTE

Bersempena dengan Ramadhan bagi tahun 1443H, beberapa aktiviti telah dirangka untuk menghidupkan lagi sinar Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini di UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Oleh yang demikian, Unit hal Ehwal Islam dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr. Ismail akan mengadakan Pertandingan Best Ramadhan QUOTE

Pertandingan ini terbuka kepada staf UiTM Kampus Pasir Gudang dan anak-anak staf tersebut. Borang pertandingan ini boleh didapati di kaunter utama Perpustakaan Tun Dr. Ismail dan kaunter Hal Ehwal Pelajar di aras 2, bangunan Pentadbiran.

Pertandingan ini bermula pada 7 april sehingga 21 April 2022. Setiap pemenang akan membawa pulang hadiah yang menarik. Tarikh akhir penerimaan borang pertandingan ini adalah pada 21 April 2022 jam 2.00 petang. Bagi mengetahui syarat-syarat pertandingan dan kriteria permarkahan, boleh klik di pautan ini: https://bit.ly/PertandinganBestRamadhanQuote

Majlis penyampaian hadiah pertandingan dan penutup Program Ihya’ Ramadhan 1443H/2022 dijangka akan diadakan pada 25 April 2022.

Contoh borang pertandingan untuk anak-anak staf

Penulis: Nor Azelea Mohd Azahar, Pustakawan Kanan

Nor Azelea Mohd Azahar PTDI Pasir Gudang Johor

Leave a Reply