Program Kunjungan Hormat MPP & JPK 2021/2022 ke PTAR UiTMCPP

Pada 1 April 2022, telah berlangsung Program Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) sesi 2021/2022 UiTMCPP ke Perpustakaan Tun Abdul Razak bertempat di aras 1 PTAR UiTMCPP. Seramai 10 orang ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar dan 19 orang Jawatankuasa Perwakilan Kolej telah hadir pada petang itu.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hayati Mokhtaram. Di dalam ucapan tersebut, beliau berharap kunjungan hormat ini akan mewujudkan hubungan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak untuk memastikan segala berita dan hebahan mengenai aktiviti, kemudahan dan perkhidmatan perpustakan dapat disampaikan kepada para pelajar. Selain itu, beliau berharap ahli jawatankuasa MPP dan JPK mengenali pegawai-pegawai di PTAR UiTMCPP supaya hubungan kerjasama berjalan lancar. Sesi kunjungan diteruskan dengan taklimat ringkas mengenai kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan serta taklimat perpustakaan digital yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi dan Encik Nurulizwan Amir.

Program yang berlangsung selama 2 jam ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan MPP dan JPK dengan pihak perpustakaan serta dapat mencapai objektif yang telah digariskan seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Gambar sekitar program kunjungan hormat

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply