Program Library Outreach PTAR bersama Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) UiTMCPP

Pada 1 April 2022, telah berlangsung Program Library Outreach PTAR bersama Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) UiTMCPP secara atas talian melalui platform Google Meet. Sesi yang diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari ini telah disertai oleh para pensyarah JSKM.

Pertemuan maya ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan juga jabatan. Selain itu, ianya juga adalah untuk mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan selain mendapatkan maklumbalas daripada peserta untuk penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan.

Sesi dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang serta kemudahan dan perkhidmatan pelanggan yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi. Kemudian, ia diikuti pula dengan perkongsian oleh Puan Farleen Azrina Zamberi mengenai proses cadangan pembelian bahan, dasar penyerahan harta intelek UiTM serta perkhidmatan arkib dan penyerahan rekod penting universiti.

Seterusnya, taklimat terakhir telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir mengenai perkhidmatan Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan serta perkhidmatan perpustakaan digital. Sepanjang program berlangsung, para pegawai telah menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para pensyarah berkenaan kemudahan dan perkhidmatan di PTAR seperti kemudahan pinjaman antara perpustakaan, prosedur pembelian ebook dan penggunaan Sistem PRIMe.

Diharap program ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan serta memberi manfaat kepada warga JSKM dalam membantu proses pengajaran dan penyelidikan masing-masing.

Sepanjang sesi taklimat berlangsung

Sebahagian peserta program outreach bersama JSKM

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply