Live@PTDI: Penjimatan Elektrik Di Rumah, Apa Lagi Yang Perlu Kita Tahu?

Program Live@PTDI yang bertajuk Penjimatan Elektrik Di Rumah, apa Lagi Yang Perlu Kita Tahu? adalah diletakkan di bawah bicara personaliti PG. Program ini telah berlangsung pada 28 Mac 2022 jam 10.00 pagi.

Panel jemputan iaitu Dr. Rijalul Fahmi bin Mustafa merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Elektrik manakala moderator untuk program live ini adalah Cik Nor Azelea Mohd Azahar, Pustakawan Kanan dan dibantu oleh pasukan Unit Komunikasi Korporat PTDI dan Unit ICT Kampus Pasir Gudang.

Topik perbincangan kali ini adalah berkenaan cara-cara penjimatan elektrik di rumah dan perlaksanaan yang perlu dilakukan oleh setiap isi rumah bagi mencapai objektif ini. Konsep audit tenaga di rumah juga dibawakan oleh panel jemputan ini di mana, setiap rumah itu perlu memeriksa bil-bil elektrik masing-masing selama 6 bulan bagi mengetahui penggunaan elektrik setiap bulan untuk mengkaji faktor-faktor yang menggunakan tenaga dari segi jumlah isi rumah, jumlah hari yang berada di rumah dan cuaca pada bulan tersebut.

Selain itu, segitiga langkah penjimatan tenaga juga dibincangkan iaitu tahap paling bawah adalah kesedaran bagi setiap isi rumah, tahap ke dua adalah cekap tenaga dan tahap paling tinggi adalah tenaga boleh baharu.

Semoga bermanfaat

Sesi rehearsal sebelum program Live@PTDI
Di sebalik tirai program

Penulis: Nor Azelea Mohd Azahar, Pustakawan Kanan

Nor Azelea Mohd Azahar PTDI Pasir Gudang Johor

Leave a Reply