Taklimat Pendaftaran & Verifikasi Bahan Penerbitan Dalam Sistem PRIMe bersama Warga Fakulti Sains Komputer & Matematik UiTM Shah Alam

Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Taklimat Pendaftaran & Verifikasi Bahan Penerbitan di Modul Penerbitan Sistem PRIMe bersama warga Fakulti Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) pada 8 April 2022 (Jumaat) bermula jam 3.00 hingga 4.30 petang.

Taklimat ini dilaksanakan secara atas talian selama 1 jam 30 minit melalui platform Webex dan seramai 60 orang pensyarah telah menghadiri sesi ini. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof, Pustakawan Kanan PTAR dan juga merupakan Penyelaras Koordinator PTAR-PRIMe.

Pautan YouTube PTAR Sains & Teknologi : https://www.youtube.com/watch?v=vEgjcicjfKM

Antara pengisian taklimat ini adalah seperti :
a. Pengenalan kepada Modul Penerbitan Sistem PRIMe
b. Proses Pendaftaran dan Verifikasi Bahan Penerbitan
c. Sesi Soal Jawab

Diharapkan sesi ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi membantu para penyelidik untuk mendaftarkan penerbitan dan penulisan mereka dengan tepat dan seterusnya memberi impak kepada pengurusan penerbitan warga FSKM dan UiTM.

Penulis : Nor Hafizah Md Hanafiah (Pustakawan Kanan), PTAR Sains & Teknologi

Avatar photo
Nor Hafizah Md Hanafiah PST Shah Alam
Senior Librarian PTAR 1, UiTM Shah Alam

Leave a Reply