Taklimat PTAR Minggu Edu 5.0 PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menjalankan Taklimat PTAR Minggu Edu 5.0 PTAR UiTM Cawangan Melaka pada :

Tarikh : 25 Mac 2022

Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Medium : Online Cisco Webex

Program yang telah dihadiri seramai 528 orang pelajar baharu ini telah dikendalikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan dan Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka dengan dibantu oleh Pembantu Pustakawan Kanan, Puan Roslinah Harun dan Puan Aidah Yazid.

Objektif utama program adalah  memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu berkaitan perkhidmatan PTAR UiTM terutama sekali perkhidmatan perpustakaan digital selaras dengan sesi pembelajaran Open Distance Learning (ODL) , sumber pencarian maklumat yang tepat, pengaksesan portal My Knowledge Management yang akan membantu proses pembelajaran pelajar dan pelbagai sumber maklumat Open Access.

Pelajar juga boleh melayari Virtual Exhibition yang disediakan dengan tajuk yang bersesuaian untuk pelajar seperti Pameran Maya : Fahami Gejala Kelesuan Di Kalangan Pelajar, Virtual Exhibition : Study Tips and Useful Apps For ODL Students dan Tips Peperiksaan.

Taklimat pengenalan bahan New Arrivals
Penerangan berkaitan perkhidmatan BDS
Promosi perkhidmatan BDS oleh Pn.Maznah Maarof, Pustakawan Kanan

Penulis : Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply