Program RAP News @ PTAR

Pada tarikh 30 Mac 2022, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) telah mengadakan satu program iaitu Program RAP News@PTAR yang telah dijalankan di ruang lobi aras 3, PTAR.

Program ini berlangsung selama 30 minit bermula jam 1:00 tengahari hingga jam 1:30 tengahari.

Program RAP News@PTAR ini disertai oleh lima orang pelajar daripada Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM) dan diiringi seramai tiga orang pensyarah pengiring.

Encik Mohd Khairul Idzwan bertugas sebagai pengacara program ini dengan dibantu oleh Puan Salwa, Puan Adlina dan Encik Shahrul Hairy.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengalaman kepada pelajar terutamanya pelajar daripada FKPM melatih “Public Speaking” atau bercakap dikhalayak ramai.

Setiap peserta akan melatih keupayaan ‘Public Speaking’ berbantukan keratan akhbar dan daya kreativiti bagi menarik perhatian penonton.

Setiap peserta yang menyertai program ini akan memperoleh e-sijil sebagai penghargaan dan penyertaan.

Pentas “Public Speaking”
Para penonton program RAP News
Peserta program RAP News melatih kemahiran “Public Speaking”

Oleh: Kamarul Afizi bin Mohd Yusoff Zaim Muazzam bin Mohd Amiruz Dzaki (Pelajar Latihan Praktikal di PTAR, Shah Alam) Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Kedah

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply