Webinar Series Writing@PTAR

Seiring dengan halatuju universiti yang menggalakkan aktiviti penulisan dikalangan warganya, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan satu siri webinar Penulisan PTAR yang disampaikan oleh penyelidik dan perunding berpengalaman.

Siri webinar penulisan yang berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula 15 Mac 2022, membariskan empat orang panel iaitu Professor Ts. Dr. Mohamad Rusop Mahmood, Encik Nicholas Park, Puan Siti Rohayu Mohd Yusop dan Professor Madya Dr. Cham Tat Huei.

Sejumlah 722 orang peserta yang menghadiri siri webinar penulisan ini telah didedahkan dengan empat segmen penting di dalam penulisan ilmiah iaitu Mentor Penulisan siri 1 dan 2, Asas Penulisan: Bagaimana Menulis Manuskrip, Kepentingan Penyelidikan Kolaboratif: Web of Science dan Penerbitan Jurnal Antarabangsa: Tips Utama untuk Penyelidik.

Webinar Penulisan@PTAR ini telah mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta yang hadir daripada kalangan penyelidik dan pensyarah universiti. Siri webinar seumpamanya adalah yang julung kali diadakan di peringkat universiti, bertujuan menimbulkan minat menulis dan menggalakkan aktiviti penulisan secara kolaboratif.

Setinggi penghargaan ditujukan kepada penganjur siri webinar Penulisan@PTAR iaitu barisan staf Bahagian Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang diketuai oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli.

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply