Program Library Fun Day PTAR Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai program Library Fun Day. Program yang telah diadakan di PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah dihadiri seramai 174 peserta.

Pelbagai aktiviti disediakan kepada peserta sepanjang program Library Fun Day berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang, antaranya seperti :

1. Senamrobik

2. Ceramah “Love Your Mind”

3. Book Sharing Session

4. Explorace & Indoor Games

Program Book Sharing Session telah dikongsikan oleh Saudari Sharifah Soleehha binti Rosli dengan tajuk buku Reclaim Your Heart. Book Sharing yang kedua telah dikongsikan oleh Saudari Nur Syahrain binti Azman dengan tajuk buku Semusim di Mahsyar.

Bagi Ceramah “Love Your Mind” telah disampaikan oleh Encik Mohd Bakri bin Husain, Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan kepada peserta yang bertuah dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka kerana sudi meluangkan masa untuk melihat sendiri perjalanan program Library Fun Day ini.

Program yang diketuai oleh Puan Sariah binti Che’ Man, Pembantu Pustakawan Tertinggi dan dikendalikan juga oleh Pelajar Latihan Industri, Saudari Sharifah Soleehha binti Rosli dan Saudari Nur Syahrain binti Azman sebagai Timbalan Ketua Projek serta semua AJK – AJK PTAR UiTM Cawangan Melaka telah berjaya mendapat sambutan yang baik dari warga kampus.

Permulaan program tahun 2022 dan akan diteruskan dengan perancangan program-program yang lain pula.

Terima kasih kerana terus menyokong PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Penulis : Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan PTAR Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply