Live @PTDI – Sembang Santai : Dari Segamat Ke England

12 Januari 2022 – Program “Sembang Santai : Dari Segamat ke England” merupakan program yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Dr Ismail kepada semua mahasiswa UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Program ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan pelajar tempatan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui program yang berkonsepkan akademik dan ilmiah.

Program ini disiarkan secara langsung dengan panel jemputan khas dari England, United Kingdom menggunakan platform atas talian dan dikendalikan oleh Pelajar Latihan Industri, Saudari Indah Nurzulaili binti Jamalulizam. Panel jemputan adalah Puan Farah Iyliani binti Amizan, Pelajar University of Sheffield, jurusan Master in Logistic & Supply Chain Management yang merupakan Mantan Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman C 2009, Kolej Si Manja Kini. Panel jemputan berkongsi berkaitan persediaan sebelum dan pengalaman beliau semasa belajar di luar negara sambil menceritakan kepada para peserta tentang pengalaman peribadi beliau di England. 

Tujuan utama program ini adalah:-

  • Menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran dalam aspek pembelajaran berterusan.
  • Memberikan pencerahan kepada pelajar-pelajar tentang berharganya nilai sebuah ilmu serta pengalaman.
  • Menaikkan nama negara serta institusi pendidikan tempatan dengan menyokong pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat antarabangsa.
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan hubungan antarabangsa.

Semoga sesi siaran langsung ini mencetus semangat kepada para pelajar bagi meneruskan pengajian terutama di luar negara. Program ini telah menerima tontonan sebanyak 401 penonton melalui YouTube UiTM Johor dan 121 tontotan menerusi Facebook PTDI UiTM Johor.

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply