Library Outreach Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2021/2022

Program Library Outreach bersama Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2021/2022 telah dihadiri seramai 18 peserta.

Program ini berlangsung lebih kurang 2 jam bermula jam 10.00 pagi, dimulai dengan ucapan kata aluan daripada Timbalan Ketua Pustakawan. Taklimat perpustakaan serta sesi perbincangan dua hala juga telah dijalankan. Program telah diadakan pada 21 Januari 2022 di lokasi Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Topik perbincangan bertumpukan mengenai cadangan penambahbaikan, perancangan, kerjasama serta sokongan program atau aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2022.

Sebelum berakhirnya program ini, sesi penyerahan poster MPP dan sesi bergambar Pengurusan PTAR UiTM Cawangan Melaka bersama barisan MPP.

Penulis : Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan PTAR Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply