Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Pada 6 September 2021, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah menerima seorang pelajar praktikal dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana. Pelajar tersebut, Khairun Bariah binti Ridzuan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber.

Sepanjang tempoh menjalani latihan industri di PTAR Kampus Tapah, pelbagai pendedahan telah diberikan terutamanya mengenai proses kerja di perpustakaan. Selain itu, pelajar praktikal juga diberi peluang untuk menglibatkan diri dengan program Library Outreach di samping diberikan tanggungjawab untuk mereka bentuk poster hebahan promosi PTAR Kampus Tapah.

Latihan industri selama 6 bulan telah berakhir pada 6 Februari 2022. Sebagai tanda penghargaan dan kenangan, pihak PTAR Kampus Tapah telah mengadakan Majlis Perpisahan buat pelajar praktikal tersebut. Selamat maju jaya diucapkan kepada Khairun Bariah binti Ridzuan.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


Disediakan oleh: Nur Dayana Mohd Narwawi, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply