Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2021/2022 UiTM Cawangan Perak ke PTAR Kampus Seri Iskandar

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Perak sesi 2021/2022 pada 21 Februari 2022. Kunjungan hormat yang diketuai oleh Yang di-Pertua MPP, Che Mohamad Haniff bin Che Khalid bertujuan memperkenalkan lantikan baharu MPP bagi sesi kali ini.

Dalam pertemuan singkat ini, perbincangan dua hala antara MPP dan juga pihak PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar melibatkan perkara berkaitan perkhidmatan perpustakaan kepada pelajar. Secara tidak langsung,input daripada perbincangan ini dapat menambah baik perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna pada masa hadapan. Diharap perjumpaan ini mampu memberikan impak yang positif kepada kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan kepada semua warga UiTM Cawangan Perak.  

Disediakan oleh: Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Avatar photo
Muhamad Azim 'Ansori PTAR Seri Iskandar Perak

Leave a Reply