Pameran Maya : Vaksin

Seperti yang kita sedia maklum, seluruh dunia terkesan dari pelbagai aspek kehidupan dengan tersebarnya virus Covid-19. Pelbagai kajian telah diadakan bagi membendung penularan wabak ini termasuk kajian mengenai vaksin. Proses kajian dan penghasilan vaksin giat dijalankan oleh pakar dalam usaha mengembalikan kehidupan masyarakat seperti sedia kala. 

Namun begitu, adakah kita mempunyai pengetahuan mengenai vaksin Covid-19 ini? Adakah vaksin selamat dan berupaya dalam melindungi kita daripada virus khususnya Covid-19? Antara objektif utama Pameran Maya ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat yang tepat mengenai vaksin kepada orang ramai khususnya warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah.

Pameran Maya yang diadakan pada setiap dua bulan sekali ini boleh dilayari melalui Wesbite Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak. Bagi tajuk vaksin kali ini, antara kandungan dan maklumat yang boleh didapati adalah seperti maksud vaksin, hukum vaksin dalam Agama Islam, jenis-jenis vaksin yang terdapat di pasaran, manfaat dan keberkesanan vaksin dan kesan pengambilan vaksin kepada manusia.

Untuk maklumat lanjut mengenai vaksin, sila layari https://perak.library.uitm.edu.my/collections/exhibitions/285-pameran-maya-vaksin

Poster Pameran Maya @ PTAR Tapah : Vaksin

Disediakan oleh: Nur Dayana Mohd Narwawi, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply