Program CSR Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu Di SMK Sultan Omar, Dungun.

Pada 22 Februari 2022, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan sesi penyerahan sumbangan bahan bacaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun. Sumbangan bahan bacaan tersebut disampaikan oleh Professor Madya Wan Dorishah Wan Manan, Penolong Rektor UiTMCT Kampus Kuala Terengganu kepada wakil sekolah iaitu Tuan Haji Che Rashid Sulong, Pengetua SMK Sultan Omar dan disaksikan oleh Ts. Dr. Rajeswari Raju, Koordinator Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) dan Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan Kampus Kuala Terengganu.

Objektif utama program ini adalah untuk menjalinkan kerjasama UiTM bersama warga sekolah terutamanya guru dan pelajar. Pihak Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kuala Terengganu amat berbesar hati kerana dapat menyumbang bahan-bahan bacaan kepada pihak sekolah untuk keperluan pelajar-pelajar sekolah dan dapat dijadikan sebagai rujukan pembelajaran dalam menyokong meningkatkan kualiti pembelajaran para pelajar sekolah.

Inisiatif ini juga dapat mengeratkan jalinan ukhwah dan jaringan yang terjalin antara dua organisasi agar sentiasa berterusan dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang berimpak tinggi pada masa hadapan. Antara matlamat program ini dilaksanakan untuk menyumbang keperluan kepada sekolah-sekolah yang kekurangan sumber rujukan atau bahan dan ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah sebagai rujukan kepada pelajar.

Semoga usaha yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan semoga ikatan antara dua pihak sentiasa berterusan.

Penulis : Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply