Lawatan Pemeriksa Luar Bagi Tujuan Pengiktirafan Program Diploma Kejuruteraan Elektrik ke PTAR UiTMCPP

Pada 16 Februari 2022, PTAR UiTMCPP telah menerima kehadiran Prof. Dr. Badri Abu Bakar dari UniKL sebagai pemeriksa luar bagi tujuan pengiktirafan Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) CEEE111 dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) CEEE112. Beliau telah diiringi oleh beberapa orang wakil daripada Kolej Kejuruteraan Elektrik UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Sepanjang hampir 45 minit lawatan oleh Prof. Dr. Badri Abu Bakar, beliau telah dibawa melawat sekitar PTAR untuk melihat sendiri perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR kepada pengguna. Taklimat ringkas mengenai PTAR telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP dan diiringi oleh Puan Hayati Mokhtaram, Timbalan Ketua Pustakawan dan Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan dari Unit Perkhidmatan Pelanggan sepanjang lawatan berlangsung. Profesor Dr. Badri Abu Bakar turut berkongsi pandangan tentang cabaran perpustakaan masa kini dan kerelevanan bahan-bahan di perpustakaan untuk kegunaan pengguna.

Sebelum berangkat meneruskan lawatan ke Bahagian Hal Ehwal Akademik, Profesor Dr. Badri sempat menandatangani buku pelawat PTAR UiTMCPP dan bergambar kenang-kenangan bersama Timbalan Ketua Pustakawan dan wakil-wakil yang lain.

Profesor Dr. Badri Abu Bakar dalam sesi lawatan di PTAR UiTMCPP
Sesi lawatan pemeriksa luar Profesor Dr. Badri Abu Bakar dari UniKL

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply