Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Latest at PTAR

Bicara Buku: Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Rabu,
26 Rejab 1445H,
7 Februari 2024:

Program bual bicara Book Talk with Author yang menampilkan buku berjudul Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku telah mendapat sambutan luar biasa apabila meraih lebih 800 jumlah tontonan sewaktu bersiaran.

Program yang bersiaran secara hibrid menerusi Ruang Media, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya menarik minat warga UiTM yang teruja untuk mendengar petikan-petikan pantun yang disampaikan oleh Profesor Khas UiTM cawangan Perak Profesor Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said.

Sejumlah 16,000 pantun telah terpilih untuk diterbitkan. Koleksi pantun terpilih adalah daripada pelbagai tema seperti penghargaan, peristiwa, tekad dan sosiobudaya hasil nukilan kreatif warga UiTM.

Bagi mengetahui bagaimana tercetusnya idea penghasilan buku Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku, sila layari YouTube Perpustakaan UiTM atau Facebook Perpustakaan UiTM.

 

 

 

Tags:

Select

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5543 8581 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5521 1704 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian