09 - 10 Oktober 2024 | Karnival Ilmu sempena Hari Terbuka Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Dengkil telah diadakan bertujuan bagi mempromosikan budaya membaca dan memperkenalkan sumber ilmu yang ada di perpustakaan kepada mahasiswa serta warga Pusat Asasi. Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan dan fasiliti seterusnya meningkatkan interaksi antara pengunjung dan perpustakaan.
Objektif utama karnival ilmu ini dianjurkan bertujuan bagi:
1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan pelajar.
2. Memperkenalkan koleksi terbaru dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan.
3. Menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti ilmiah dan kreatif.
4. Menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
Karnival ilmu sempena Hari Terbuka Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Dengkil ini telah dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 09 - 10 Oktober 2024
Lokasi: Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Dengkil.
Penyertaan Peserta : Pelajar & Kakitangan Akademik dan Pentadbiran.
Antara pengisian aktiviti yang telah diadakan sepanjang 2 hari ialah :
1. Pameran Bulan Bahasa Kebangsaan Malaysia.
2.Pertandingan Deklamasi Sajak.
3.Pertandingan Pengucapan Awam.
4.Pertandingan Roda-Roda Ilmu.
5.Pertandingan Kahoot.
6.Pertandingan Dam Ular Gergasi.
7.Pertandingan Book Shelving.
8.Pertandingan PopGame.
9.Pertandingan Guess My Weight.
10.Pertandingan RollBot Game.
11.Anugerah Peminjam Terbanyak.
Karnival ini telah menarik penyertaan lebih kurang 400 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar, kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran. Bagi mengakhiri program Karnival Ilmu ini, 1 majlis penutup telah diadakan bertujuan bagi tujuan penyampaian hadiah kepada Para peserta yang terlibat. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar & ICAN Pusat Asasi, En Mahadi Bin Kamaludin, Pustakawan Kanan, Cik Nordiana Binti Tukijo, Pegawai Perhubungan Perpustakaan, Puan Norsyazrah Binti Zulkifli serta Para Pensyarah dan Kakitangan Pentadbiran Pusat Asasi.
Para pelajar telah melibatkan diri secara aktif sepanjang Karnival Ilmu dijalankan serta mereka telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap program yang dijalankan. Maklum balas yang diterima daripada pengunjung adalah positif. Mereka menghargai aktiviti yang interaktif dan bermanfaat. Karnival Ilmu sempena Hari Terbuka Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mencapai objektifnya dengan baik. Diharapkan program ini dapat diteruskan dan diperluas di masa hadapan untuk meningkatkan minat dan kesedaran warga terhadap ilmu pengetahuan.
#pusatasasiuitm
#ptaruitmdengkil
#ptardengkil