Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Latest at PTAR

Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Satu program anjuran bersama Kesatuan Kakitangan Universiti Teknologi MARA (MITASA) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya diadakan bertempat di ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Shah Alam. Hampir 80 orang tetamu telah menghadiri program ini yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib@Sahibuddin. Program dimulakan dengan ucapan aluan dari Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, dan diikuti oleh ucapan dari Presiden MITASA iaitu Encik Saharuddin bin Lin. Selepas selesai gimik dan montaj perasmian yang telah disempurnakan oleh Datuk Naib Canselor UiTM, program seterusnya adalah Sesi Taklimat Program Saringan Risiko Psikososial Tempat Kerja yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Ghazali bin Matsuri (Pengarah Program). Program ini diakhiri dengan penyerahan cenderamata dan sesi bergambar serta lawatan ke Galeri PTAR. PTAR mengucapkan ribuan terima kasih di atas jalinan kolaborasi antara MITASA dan PTAR. Diharap kerjasama seperti dapat diteruskan di masa akan datang.
 
 
 

Select

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5543 8581 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5521 1704 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian