Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kelab SAHABAT

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kelab Sahabat Perpustakaan

Penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang bakal menjadi penggerak kepada perpustakaan melalui aktiviti yang dianjurkan sekaligus memperkenalkan perpustakaan kepada mahasiswa dengan lebih dekat.

Objektif

Memberi pendedahan asas kepada mahasiswa terhadap konsep dan kaedah penggunaan perpustakaan melalui aktiviti yang dijalankan.
Menyuntik keyakinan dan kepercayaan mahasiswa tentang fungsi dan kewujudan perpustakaan sebagai gedung ilmu.
Menggalakkan mahasiswa untuk berkhidmat kepada perpustakaan serta menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan pengguna.
Melahirkan mahasiswa yang berkarisma, berfikiran strategik dan cekap dalam perancangan dan pengurusan sesuatu hal.
Membina satu landasan bagi memperkukuhkan ukhwah antara mahasiswa dengan kakitangan perpustakaan.

Peranan Ahli

Melaksanakan hebahan dan aktiviti promosi perpustakaan (bercetak dan digital) kepada Warga UiTM khususnya mahasiswa dan mahasiswi.
Menggerakkan aktiviti mencintai ilmu dan budaya membaca melalui Program Galakan Membaca
Menyertai dan melaksanakan Program Library Outreach di fakulti dan Kolej Kediaman
Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada penjanaan pendapatan perpustakaan dan kelab.
Terlibat dengan Aktiviti Khidmat Masyarakat Perpustakaan
Terlibat dengan Aktiviti/ Projek Khas Perpustakaan yang memerlukan Skim Khidmat Pelajar.

Keistimewaan Yang Diberikan Kepada Ahli Kelab

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5521 1704 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian