Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Delegasi Dari University Of Oradea, Romania Ke Ptar

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
PTAR amat berbesar hati menerima pelawat dari University of Oradea, Romania yang akan menjalani program mobiliti melalui geran Erasmus+ Program KA171 - Staff Mobility for Training Higher Education di Fakulti Sains Gunaan, UiTM.
Mereka terdiri daripada :
- Prof. Univ. Dr. Habil Constantin Bungău, Rector, University of Oradea, Romania
- Prof. Dr. Simona Bungău
- Dr. Amalia Sturza
Delegasi ini diiringi oleh Ts. Dr. Nor Dalila Nor Affandi (Coordinator, Industry, Community and Alumni Network (ICAN)), Fakulti Sains Gunaan, UiTM.
Delegasi ini telah disambut oleh Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan – Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan), Puan Azura binti Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan), Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan) dan Puan Zuhaslinda binti Sulaiman (Pustakawan Kanan).
Mereka telah dibawa melawat ruang perpustakan di setiap aras untuk melihat koleksi, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna Perpustakaan. Mereka juga sempat berbual dengan para pelajar yang berada di dalam Perpustakaan.
 
 
 

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian