Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Majlis Menandatangani Surat Hasrat BKRP, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PTAR, UiTM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pada 28 September 2022 (Rabu), merupakan hari yang bersejarah bagi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) kerana pada hari itu, satu majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) antara Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Majlis ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 4, Blok E3, Kompleks E, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Dalam majlis ini, saya diringi wakil pengurusan dari PTAR yang terdiri daripada Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan dan Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan. Manakala, wakil dari BKRP pula dihadiri oleh Encik Yusri bin Yusof, Ketua Seksyen Penguatkuasaan yang mewakili pengarah BKRP serta barisan ketua-ketua seksyen di KKM bagi menyaksikan majlis yang bersejarah ini.

Majlis menandatangani surat hasrat ini telah disaksikan kira-kira 20 orang hadirin yang hadir dari pihak BKRP dan PTAR. Surat hasrat yang ditandatangani bertujuan menjalin kerjasama strategik melalui:
i. Projek pembangunan Pusat Pengurusan Pengetahuan Digital (Digital Knowledge Centre);
ii. Perkongsian pintar dalam pengurusan inovasi; dan
iii. Projek pembangunan Sistem Pengurusan Rekod dan Arkib
Diharap agar jalinan kerjasama ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dan mencapai objektif yang disasarkan serta memberi pelbagai impak yang positif bagi menyokong program transformasi digital.

Select

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5543 8581 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5521 1704 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian