Thursday, 19 Jamadilawwal 1446
Thursday, 21 November 2024

Announcement

Kajian Profil Membaca UiTM

Untuk makluman warga, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang melaksanakan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023 mulai 6 Mac hingga 31 Julai 2023. Kajian ini bertujuan untuk melihat kadar pembacaan dan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Justeru, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengambil inisiatif untuk menjalankan Kajian Profil Membaca Warga Universiti Teknologi MARA 2022/2023 untuk melihat kadar pembacaan dan tabiat membaca warga kampus khususnya warga Universiti Teknologi MARA (UiTM). Tempoh kajian bermula 19 Mei hingga 31 Julai 2023.

Objektif Kajian:

  1. Mewujudkan satu profil membaca warga UiTM yang terkini;
  2. Mengenal pasti tabiat membaca warga UiTM;
  3. Mengenal pasti perubahan minat dan trend membaca terkini warga UiTM terhadap pelbagai sumber bahan bacaan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan;
  4. Mengkaji impak Program Galakan Membaca dalam mempengaruhi budaya membaca warga UiTM; dan
  5. Mengenal pasti isu-isu, masalah dan korelasi di antara industri perbukuan dengan minat membaca warga UiTM.

Sehubungan itu, PTAR amat berharap agar seluruh warga UiTM dapat meluangkan sedikit masa untuk menyertai kajian ini yang akan menjadi indikator ke arah Universiti Terkemuka Dunia menjelang 2025.

Disertakan pautan kajian untuk tindakan : https://library.uitm.edu.my/profilmembaca/