Sempena sambutan Hari Arkib Antarabangsa, Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) menyeru warga UiTM menyertai Kempen Penyerahan Rekod Penting Universiti seperti berikut:
Tarikh: 6 hingga 9 Jun 2023
Lokasi: Jabatan Arkib Universiti, Blok F, Kompleks Kenanga UiTM
Masa: 8:30 pagi hingga 4:00 petang.
Jenis Rekod Penting:
1. Memorandum Persefahaman MOU/ MOA
2. Mesyuarat-Mesyuarat Utama UiTM
3. Laporan Tahunan, Laporan dan Rekod Kewangan UiTM
4. Rancangan Jangka Panjang UiTM
5. Dokumen Kontrak/ Tender UiTM
6. Rekod Tatatertib Staf/ Pelajar (Tamat Tindakan)
7. Peta/ Pelan (Lakaran Pembangunan ITM/ UiTM)
8. Fail Peribadi Staf/ Pelajar
9. Gambar Bersejarah/ Program UiTM
10. Bahan Penerbitan PTJ
11. Pengiktirafan/ Akreditasi (Program/ Kursus/ Kualiti/ Keselamatan)
12. Dasar, Polisi, Panduan dan Perundangan UiTM
13. Pekeliling Utama UiTM (Pewujud Rekod sahaja)
14. Audio/ Visual
15. Surat Khabar (Berkenaan UiTM sahaja)
Maklumat lanjut sila hubungi Encik Azman Ajis 03-5544 3192.