PTAR Sumbang 78 Naskhah Buku Bernilai RM2,186.53 kepada Perpustakaan Komuniti Al-Islah, Selangor

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial dan pengembangan ilmu di peringkat komuniti, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menyumbangkan sebanyak 78 naskhah buku dengan nilai keseluruhan RM2,186.53 kepada Perpustakaan Komuniti Al-Islah, Selangor pada 18 April 2025.

Sumbangan ini bertujuan memperkukuh koleksi bacaan dan sumber rujukan di perpustakaan komuniti tersebut, khususnya bagi menyokong pembelajaran masyarakat setempat serta aktiviti literasi yang dianjurkan. Inisiatif ini turut memperlihatkan usaha berterusan PTAR dalam mendekatkan perpustakaan universiti kepada komuniti luar melalui perkongsian ilmu dan bahan bacaan berkualiti.

PTAR berharap agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat sebagai sumber bacaan bermanfaat dan pemangkin kepada budaya ilmu yang berterusan.

Tags: