Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang terus memperkukuh usaha pembudayaan ilmu melalui penganjuran program Resensi Buku bertajuk Kisah Mutawif Rare yang menampilkan Ustaz Shauqi Hasan, penulis buku Kisah Mutawif Rare merangkap wakil daripada Mutawif Rarecation Travel Sdn. Bhd. dan RareTV Crew, sebagai penceramah jemputan. Sesi ini turut dikendalikan oleh Cik Fatin Nur Nabila Zamzuri, pelajar latihan industri PTDI, selaku moderator program.
Sesi perkongsian ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Oktober 2025 (Isnin)
Masa : 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Pautan Siaran Langsung : Resensi Buku @ PTDI - Kisah Mutawif Rare
Pautan Kehadiran : Resensi Buku @ PTDI - Kisah Mutawif Rare
Program ini diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif “Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa”, yang bertujuan menggalakkan warga kampus mendekati bahan bacaan berbentuk ilmiah dan motivasi. Selain itu, platform ini turut memberi peluang kepada pelajar dan warga universiti untuk memahami lebih dekat realiti di sebalik profesion mutawif serta kepentingan menyebarkan ilmu melalui penulisan dan media.
Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
| +603 5544 3793 | Consultation Services | |
| +603 5544 3716 | Customer Services | |
| +603 5544 3727 | Corporate Unit | |
| korporatptar@uitm.edu.my | |
| Join Channel - @uitmlibrary | |
| Click here to view QR Code | |
| Facebook Chief Librarian | |