Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Knowledge Transfer Program (Ktp): Bengkel Baik Pulih Kitab Lama

Knowledge Transfer Program (Ktp): Bengkel Baik Pulih Kitab Lama

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM (KTP): BENGKEL BAIK PULIH KITAB LAMA

22 Januari 2026 –

Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (PPPYIK) dengan kerjasama Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Knowledge Transfer Program (KTP): Bengkel Baik Pulih Kitab Lama. Program ini bertujuan memberi pendedahan serta perkongsian ilmu berkaitan kaedah penjagaan dan baik pulih kitab lama yang bernilai tinggi dari sudut warisan ilmu dan sejarah.

Program ini telah dihadiri oleh wakil PPPYIK iaitu Syeikh Wan Samsuri Wan Abdul Ghani, Ustaz Mohamad Shahril bin Mat Isa, Ustaz Mohamad Radzuan bin Abdul Aziz, Ustaz Abdullah bin Hussin dan Cikgu Alazmi bin Hassan @ Deraman.

Program bermula pada jam 10.00 pagi dengan ketibaan rombongan PPPYIK, diikuti sesi pertemuan bersama YBrs. Profesor Dr Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan bagi membincangkan potensi serta hala tuju kerjasama program antara kedua-dua pihak. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Puan Nordelina Zulkarnain, Timbalan Ketua Pustakawan dan Dr Muslim Ismail @ Ahmad, Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP).

Seterusnya, program diteruskan dengan sesi taklimat ringkas oleh pihak PTA serta sesi diskusi berkaitan Projek Portal PPPYIK, diikuti lawatan sekitar perpustakaan bagi melihat kemudahan dan amalan pengurusan serta pemuliharaan koleksi.

Kemuncak program ialah Bengkel Pemuliharaan Kitab Lama yang melibatkan demonstrasi teknik asas penjagaan dan pemeliharaan kitab lama oleh Encik Zul Abdullah, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Arkib Cawangan.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini berjaya memperkukuh kerjasama antara PPPYIK dan Perpustakaan Tengku Anis serta memberikan pendedahan bermakna kepada peserta dalam aspek penjagaan dan pemuliharaan kitab lama sebagai khazanah warisan ilmu dan sejarah.