Mengkaji dan menghasilkan penulisan biografi seorang tokoh ternama bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak aspek yang boleh dan perlu diteliti bagi memperlihatkan ketokohan dan karisma kepimpinan seseorang. Namun Nik Anuar Nik Mahmud (Allahyarham), Muhammad Haji Salleh dan Abd. Ghapa Harun membuktikan bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk disempurnakan. Gabungan tiga sarjana yang berpengalaman luas ini akhirnya berjaya menghasilkan buku Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011

Sumber : Open Access Discovery UiTM

Dekad terawal selepas kemerdekaan negara merupakan suatu tempoh yang sangat kritikal bagi kemajuan pendidikan orang Melayu. Bahasa Melayu umpamanya, meskipun telah diperundangkan sebagai bahasa pengantar di sekolah, namun disebabkan Bahasa Inggeris kekal menjadi bahasa pendidikan yang mempunyai nilai ekonomi, kemajuan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara dilihat sukar dilaksanakan.

Perkembangan sedemikian meresahkan para pemimpin dan cendekiawan Melayu. Mereka berpandangan hala tuju tersebut akan menatijahkan ketidakseimbangan lantaran memencilkan orang Melayu daripada arus kemajuan yang sewajarnya mereka kecapi. Bagi kumpulan ini, kerajaan perlu mengambil langkah afirmatif bagi memastikan penduduk majoriti dinegara ini mendapat hak yang setara. Mekanisme terbaik untuk merealisasikan harapan tersebut adalah menerusi kemajuan pendidikan. Namun apa yang menarik, mekanisme tersebut tidak digerakkan melalui Kementerian Pelajaran tetapi telah diputuskan untuk dikendalikan oleh satu institusi khusus, Majlis Amanah Rakyat; suatu badan di bawah portfolio Kementerian Luar Bandar.

Sumber : PERANAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DALAM PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA, 1966-1976

Kajian ini membincangkan mengenai peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam bidang pendidikan di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1966 sehingga tahun 2006. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, isu pemberian pendidikan kepada golongan Bumiputera khasnya orang Melayu menjadi antara agenda utama Kerajaan Persekutuan dalam usaha pembangunan Malaysia. Walaupun sudah wujud Kementerian Pelajaran sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab secara langsung kepada aspek pendidikan, MARA turut dipertanggungjawabkan untuk memberikan pendidikan kepada Bumiputera. Perkara ini didasari oleh keperluan Kerajaan Persekutuan untuk memberi pendidikan yang bersifat khusus kepada Bumiputera dalam kerangka tindakan afirmatif. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan melihat sejauhmanakah penubuhan institusi-institusi pendidikan yang diwujudkan MARA berupaya memberi pendidikan kepada Bumiputera. Kajian ini juga turut melihat perkembangan institusi-institusi pendidikan MARA serta keupayaan institusi-institusi berkenaan memenuhi kehendak semasa negara. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis sejarah serta metod tematik-kronologi untuk menilai peranan institusi-institusi pendidikan MARA dalam lapangan pendidikan. Kajian ini menggunakan bahan-bahan daripada Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur merangkumi Minit-minit Mesyuarat, surat menyurat dan terbitan-terbitan rasminya. Kajian juga turut merujuk Fail-fail Kerajaan Persekutuan merangkumi fail Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, bahan-bahan terbitan rasmi kerajaan, suratkhabar dan kaedah temubual turut digunakan. Berdasarkan dapatan kajian, MARA telah memperlihatkan kemampuan dalam memberikan pendidikan kepada Bumiputera. Melalui “sistem dalam sistem”, MARA didapati menggerakkan sistem pendidikannya iv yang direncana khusus kepada golongan Bumiputera, dalam kerangka sistem pendidikan Malaysia. Penawaran peluang pendidikan MARA kepada Bumiputera merangkumi pelbagai peringkat dan lapangan pendidikan meliputi pendidikan tinggi, kemahiran dan menengah. Jesteru, melalui institusi-institusi pendidikan MARA, MARA telah meningkatkan kedudukan golongan Bumiputera dalam bidang pendidikan sepanjang tempoh 40 tahun penubuhannya

Sumber : Tesis, Zarina Begam Bt Abdul Kadir. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya 2017

These are documented records been reviewed to provide the contextual background of the institution of Maktab Rendah Sains MARA (hereafter referred to as MRSM) in an attempt to showcase the relevancy of MARA, both as an idea and aspiration, as well as a body that has delivered one of its promises i.e. the education and training agenda to Malaysia. It is presented as a historical verbatim and chronological storyline with a common message. As a person who has directly benefited tremendously from this institutional programme, I am recognizing and acknowledging the meaningful position that MRSM and all its founding teachers until now have been upholding and fulfilling with little fanfare and much sacrifices. It is my personal hope that with this way of proper adab in full humility, the continuous legacy of thoughts leadership and professional scholarship amongst MARA constituencies, for the future generations to cherish and live with, will flow unhindered.

Sumber : En. Mohd Nizam bin Mohd Ali Director, Private Sector, Malaysian Institute of Integrity

Abstract
Tun Abdul Razak (1922-1976) was the second Prime Minister of Malaysia and was popularly known as "The Father of Development". He is also among the leading
fegures in the country who helped to enhance Malaysia's relations with Indonesia. It is clear that as a neighbour to Indonesia, the historical ties and comman ethnic and cultural linkages assisted considerably in the strengthening bilateral relations. Tun Abdul Razak recognised Malaysia's special relationship with Indonesia compared to others countries. This article examines Tun Razak's role and contribution in building formal relations between the two countries. In addition to bilateral relations, this article will also discuss several issues that arose at the time especially during the confrontation which Tun Razak had to handle. This article will show that Tun Razak played an influential role and diplomatically during and after confrontation. He was directly involved in many of the negotians. As Deputy Prime Ministar he was a key leader who turned around the deteriorating relations.