Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama yang berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 1965. Antara perkara yang mendapat perhatian utama Kongres ialah pembangunan yang tidak seimbang antara bandar dan desa serta kedudukan sosial dan ekonomi bumiputera. Kongres Ekonomi Bumiputera telah menghasilkan 68 resolusi. Dua puluh dua daripada resolusi yang dihasilkan, menyentuh RIDA, mengusulkan supaya dilakukan penilaian semula peranan dan objektif penubuhan RIDA. Susulan daripada Kongres tersebut, Majlis Amanah Rakyat, atau MARA telah ditubuhkan. Dewan Latihan RIDA bukan sahaja ditukar namanya kepada Maktab MARA, tetapi turut melibatkan rombakan serta tambahbaikkan kursus-kursus dan kurikulum yang ditawarkan. Pada 14 Oktober 1967, ketika upacara peletakan batu asas di kampus Shah Alam, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein (Allahyarham), mengumumkan, Maktab MARA ditingkatkan ke taraf institut, dikenali dengan nama Institut Teknologi MARA (ITM).

1962

Perasmian bangunan baru Dewan Latehan RIDA oleh Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1962.

1962

5 hingga 7 Jun 1965

Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 1965 telah memberi peluang perbincangan dan penyuaraan pendapat tentang masalah  sosio-ekonomi orang-orang Melayu. Kongres mencadangkan bahawa nama RIDA ini diganti dengan nama baru iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA)




12 September 1966

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein diiringi oleh Pengetua Maktab MARA, Encik Arshad Ayub semasa upacara perletakan batu asas  bangunan tambahan Maktab MARA di Petaling Jaya pada 12 September 1966.

12 September 1966

12 September 1966

Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar melakukan upacara perletakan batu asas  Bangunan Tambahan Maktab MARA di Petaling Jaya pada 12 September 1966.

1967

Lakaran peta topo yang menunjukkan kawasan yang perlu diratakan di kampus Institut Teknologi MARA di Batu Tiga, Jalan Klang (Shah Alam) pada tahun 1967

1967

14 Oktober 1967

Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein,Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar diiringi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Encik Abdul Ghafar Baba dan Pengarah Maktab MARA, Encik Arshad Ayub sedang melihat model  bangunan ITM yang akan dibina selepas berucap sempena perletakan dan pengisytiharaan ITM di Batu Tiga, Jalan Klang pada 14 Oktober 1967.

7 April 1967

Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein sedang berucap semasa merasmikan pembukaan  Bangunan Tambahan Maktab MARA dan upacara menyampaikan sijil di Petaling Jaya pada 7 April 1967.

7 April 1967

14 Jun 1967

Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein serta Pengarah Maktab MARA, Encik Arshad Ayub serta Pengarah Bahagian Latehan MARA, Encik Mansor Othman hadir di dalam majlis perasmian seminar pertama pelajar-pelajar lulusan Maktab MARA di Dewan Maktab MARA pada 14 Jun 1967.

14 Oktober 1967

Ketibaan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein yang diiringi oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Encik Ghafar Baba disambut meriah oleh para pelajar di dalam Majlis Perletakan Batu Asas dan Pengisytiharaan ITM di Batu Tiga, Jalan Klang, Selangor pada 14 Oktober 1967.

14 Oktober 1967

14 Oktober 1967

Perletakan Batu Asas Institut Teknologi MARA (ITM) di Batu Tiga, Jalan Klang, Selangor telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein dan disaksikan oleh Pengarah Maktab MARA, Encik Arshad Ayub pada 14 Oktober 1967.

11 Februari 1969

Pengarah Institut Teknologi MARA, Encik Arshad Ayub sedang berucap sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein  ke tapak Institut Teknologi MARA, Batu Tiga, Jalan Klang pada 11 Februari 1969.

11 Februari 1969

11 Februari 1969

Timbalan Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak Hussein membuat lawatan tapak ke Institut Teknologi MARA, Batu Tiga, Jalan Klang pada 11 Februari 1969.

11 Februari 1969

YAB Tun Abdul Razak Hussein melawat tapak Institiut Teknoloji MARA di Batu Tiga, Jalan Klang pada 11 Februari 1969

11 Februari 1969

14 Oktober 1969

Y.A.B Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein bersama isteri Toh Puan Rahah menghadiri Malam Anikaragam bersempena dengan Majlis Ulangtahun yang kedua Institut Teknologi MARA, Petaling Jaya pada 14 Oktober 1969.

14 Jun 1967

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, berucap sempena perasmian pembukaan seminar pertama pelajar-pelajar lulusan Maktab MARA di Dewan Maktab MARA, Petaling Jaya pada 14 Jun 1967. 

14 Jun 1967

1970

Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein memberi ucapan sempena jamuan makan malam anjuran Ohio ITM di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen Malaysia pada 1970.

10 Januari 1972

Pengarah Institut Teknologi MARA, Encik Arshad Ayub menunjukkan Model Bangunan yang akan didirikan di Shah Alam kepada Y.A.B. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein serta beberapa orang Menteri Kabinet selepas merasmikan Seminar Memperbaiki Semangat, Sikap dan Dedikasi di Institut Teknologi MARA, Petaling Jaya pada 10 Januari 1972.

10 Januari 1972

29 Julai 1972

Majlis Perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak pada 29 Julai 1972 turut dihadiri anak beliau, Encik Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.


29 Julai 1972

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menanam pokok sempena perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak pada 29 Julai 1972.

29 Julai 1972

29 Julai 1972

Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Perdana Menteri sedang  berucap semasa perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak pada 29 Julai 1972.

29 Julai 1972

Pengarah ITM, Encik Arshad Ayub menunjukkan pembangunan fizikal yang sedang dibina kepada Perdana Menteri,Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein semasa perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak pada 29 Julai 1972.

29 Julai 1972

29 Julai 1972

Perdana Menteri, Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menandatangani buku pelawat semasa merasmikan Perpustakaan Tun Abdul Razak pada 29 Julai 1972.

29 Julai 1972

Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein beramah mesra dengan pelajar- pelajar ITM diiringi oleh Pengarah ITM, Encik Arshad Ayub dan Ketua Perpustakaan, Puan Rugayah Abdul Rashid semasa perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak pada 29 Julai 1972.

29 Julai 1972

29 Julai 1972

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein sedang merasmikan pembukaan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Institut Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor pada 29 Julai 1972.