Mengkaji dan menghasilkan penulisan biografi seorang tokoh ternama bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak aspek yang boleh dan perlu diteliti bagi memperlihatkan ketokohan dan karisma kepimpinan seseorang. Namun Nik Anuar Nik Mahmud (Allahyarham), Muhammad Haji Salleh dan Abd. Ghapa Harun membuktikan bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk disempurnakan. Gabungan tiga sarjana yang berpengalaman luas ini akhirnya berjaya menghasilkan buku Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011

Sumber : Open Access Discovery UiTM