Abstrak

Senario politik Malaysia selepas Tragedi 13 Mei 1969 memperlihatkan sarvival politik Melayu semakin meruncing dan kritikal. Bibit-bibit perbalahan kaum ini bermula sejak sebelum merdeka lagi kerana pembentukan parti-parti politik di Tanah Melayu dibentuk berasaskan kaum. Keterbukaan berpolitik orang Melayu jelas apabila kesediaan kepimpinan politik orang Melayu menerima orang bukan Melayu berpolitik dan menuntut hak mereka di Tanah Melayu. Namun keterbukaan ini semakin hari semakin membimbangkan apabila pelbagai tuntutan bukan Melayu yang mula mempertikaikan peruntukan hak istimewa orang Melayu dan kewajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia. Fenomena ini membuatkan bibit-bibit ketidakpuashatian mula kedengaran. Sesudah pembentukan Malaysia situasi ini semakin menjadi-jadi kerana kelantangan parti-porti politik bukan Melayu cuba menjuarai dan memenangi hati kaum masing-masing. Kemunculan Tun Abdul Razak Hussein sebagai penganti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berjaya menjadi penyelamat politik Melayu. Justeru itu, makalah ini cuba menyingkap peranan dan strategi yang dilakukan beliau dalam usaha survival politik Melayu di Malaysia.

Kata kunci

Tun Abdul Razak Hussein, 13 Mei 1969, Barisan Nasional, Rukun Negara dan Perpaduan.