
Kamaludin Mohamad (Keris Mas)
Sasterawan Negara Pertama | 1981
Dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur, Kamaludin Mohamad yang lebih dikenali dengan nama pena Keris Mas merupakan tokoh besar dalam dunia kesusasteraan Melayu moden. Beliau telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang pertama pada tahun 1981, satu pengiktirafan tertinggi negara terhadap sumbangan beliau dalam bidang penulisan dan pemikiran sastera.
Keris Mas meninggal dunia pada 9 Mac 1992 pada usia 69 tahun di Hospital Kuala Lumpur, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia sastera negara, namun warisan penulisannya terus hidup dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi penulis yang datang kemudian.

- Sekolah Melayu hingga darjah V
- Maktab Melayu Kuala Kangsar
- Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera (Maktab Perguruan Islam)
- Kolej Pitman

- Pengarang di Utusan Melayu Singapura, wartawan, editor, pentadbir sastera, pengkritik
- Pengarang Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka
- Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka


Pahlawan Rimba Malaya Dan Korban Kesuciaannya

Anak Titiwangsa

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Rimba Harapan

