Special Collections

Datuk Dr. Baha Zain

Image

Baharuddin Zainal (Baha Zain)
Sasterawan Negara Ke-12 | 2013

Baharuddin Zainal, atau lebih dikenali sebagai Baha Zain, merupakan Sasterawan Negara ke-12, yang dianugerahkan gelaran tersebut pada tahun 2013 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya dalam dunia kesusasteraan Melayu moden. Beliau dilahirkan pada 22 Mei 1939 di Batu 15, Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan. Karya-karya beliau banyak menampilkan kepekaan terhadap isu kemanusiaan, budaya dan peradaban. Dalam puisinya yang terkenal, Perjalanan Si Tenggang II, beliau menulis:

“Aku telah belajar menjadi angkuh dengan ilmu dari universiti menjadi sombong dengan budaya kota menjadi egois kerana hidup terpisah dari akar budayaku.”

Petikan ini mencerminkan tema besar dalam karya Baha Zain yang menyingkap konflik identiti, nilai, dan ketamadunan. Melalui gaya bahasa yang halus namun tegas, Baha Zain menyerlah sebagai suara intelektual dan penyair yang mempersoalkan arah dan jati diri bangsa dalam arus kemodenan.

Image
  1. Sekolah Anglo-Chinese, Teluk Anson, Perak
  2. Sekolah Anderson, Ipoh
  3. Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya
Image
  1. Setiausaha I, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)
  2. Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
  3. Timbalan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia
  4. Ahli Lembaga Pengarah Institut Terjemah Negara Malaysia
  5. Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
Image
  1. Perempuan dan Bayang-Bayang
  2. Dari Kertas Catatan Tengah Malam
  3. Tiga Catatan Perjalanan
  4. Jalan Desa ke Kota
  5. Setaman Pantun
  6. Topeng-Topeng
  7. Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-Sajak Lain
Image

1974 - 1976

Anggota Panel Hadiah Karya Sastera

1974 - 1976

1980

Anugerah Sastera Negara (Thaliand)

1985 - 1996

Anggota Panel Anugerah Sastera Negara

1985 - 1996

1988

Anggota Penyair GAPENA

1988

Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak daripada DYMM Sultan Perak

1988

2002 - 2005

Ahli Panel Hadiah Penulisan Asia Tenggara (Malaysia)

2004

Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (Pesatuan Linguistik Malaysia)

2004

2008

Anugerah Budayawan GAPENA

2010

Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia

2010

2011

Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

2013

Anugerah Sastera Negara ke-12

2013