
Abdullah Hussain, yang dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Yan, Kedah, merupakan seorang tokoh besar dalam dunia kesusasteraan Melayu yang diangkat sebagai Sasterawan Negara ke-8 pada tahun 1996. Beliau aktif dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak muda, serta pernah berkhidmat sebagai guru dan editor di Malaysia dan Indonesia.
Antara karya terkenalnya ialah "Interlok" dan "Imam", yang banyak mengupas isu sosial, keagamaan dan kemanusiaan. "Interlok" pernah menjadi teks KOMSAS dan mencetus perdebatan kerana keberaniannya menyentuh isu kaum. Abdullah Hussain dikenali dengan gaya penulisan yang realistik, berani, dan sarat nilai moral serta falsafah.
Beliau menerima pelbagai anugerah termasuk SEA Write Award dan Anugerah Pejuang Sastera. Sumbangannya menjadikan beliau bukan sekadar penulis, tetapi suara penting dalam membentuk pemikiran bangsa.
Abdullah Hussain meninggal dunia pada 31 Disember 2014, namun legasinya tetap hidup melalui karya-karyanya yang terus dibaca dan dihargai hingga hari ini.
“Hidup manusia tidak sama. Ada yang senang, ada yang susah. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menghadapi hidup ini. Kalau kita miskin, kita mesti berusaha. Kalau kita kaya, kita mesti bersyukur.” - Interlok — perjuangan hidup, keadilan sosial dan nilai kemanusiaan

- Sekolah Melayu Sungai Limau
- Sekolah St. Michael, Alor Setar, Kedah
- Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai- Pegawai Tinggi), Singapura

- Penjaga stor di sebuah perusahaan lombong
- Pembantu pengarah Sudara di Pulau Pinang
- Pengarang majalah Puspa di Medan, Indonesia
- Pengarang Majalah Bintang, Majalah Filem, Akhbar Semenanjung
- Pengurus Penerbitan P. Ramlee dan diterbitkan oleh malay filem Priduction di Singapura
- Editor majalah Angkatan Baru


1981
Hadiah Penulisan Asia Tenggara (Bangkok)
1981
1995
Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh (LAKA)
1995
Anugerah Darjah Kebesaran Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato'
1995
1996
Anugerah Sastera Negara ke-8
