Teaching Library Programme

Taklimat Akta 605 di Perpustakaan Tun Abdul Razak – Asas Kepada Keharmonian Universiti

11 April 2025 | 12 Syawal 1446H | Shah Alam

Sesi taklimat berkaitan Akta 605 (Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000) telah berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM. Taklimat selama satu jam ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hafiz Ramlee, Pengarah Bahagian Integriti UiTM.

Taklimat memberi tumpuan kepada kesalahan-kesalahan di bawah akta tersebut serta implikasinya terhadap warga universiti. Penekanan diberikan terhadap kepentingan pematuhan kepada peraturan tatatertib sebagai cerminan kepada profesionalisme dan integriti dalam kalangan staf UiTM.

Sesi ini turut menjadi platform memperkukuh kefahaman warga kerja terhadap tanggungjawab serta peranan dalam memastikan keharmonian dan ketelusan dalam persekitaran universiti.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.