Teaching Library Programme

Program "1 Staf, 1 Buku : Book Review"

Pada 11 April 2025 (Jumaat), Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) telah menganjurkan program "1 Staf, 1 Buku: Book Review" yang berlangsung dari 3.00 petang hingga 4.00 petang. Program ini bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan staf PTDI serta berkongsi ulasan buku yang diperoleh melalui sistem eLib eBook Portal.
 
Seramai empat pembentang telah terlibat dalam sesi ini, iaitu Encik Muhammad Safwan Kamirul Ain (Pembantu Pustakawan), Cik Amira Suhadah Mazlan (Pembantu Pustakawan), Encik Malek Ahmad (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Tn. Hj Mohd Danial Daud (Pembantu Pustakawan Kanan). Setiap pembentang bertanggungjawab mencari bahan dan mengulas buku pilihan mereka berdasarkan sumber yang terdapat dalam sistem eLib eBook Portal.
Ulasan yang diberikan merangkumi sinopsis buku, tema utama, serta perkongsian pendapat mengenai kandungan buku tersebut. Program ini telah memberikan pendedahan kepada staf mengenai pelbagai bahan bacaan digital yang boleh dimanfaatkan untuk menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan amalan membaca secara dalam talian.
 
Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan budaya membaca di kalangan warga PTDI serta memperluaskan penggunaan sumber digital perpustakaan secara lebih efektif.
 
Hebahan media sosial: 1 Staf 1 Buku
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.