Teaching Library Programme

Kunjungan Delegasi Jabatan Penyelidikan dan Inovasi UiTM ke Perpustakaan Sultan Badlishah.

13 April 2025 – Satu lawatan delegasi daripada Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara kampus induk dan cawangan dalam memperkasa agenda penyelidikan dan inovasi universiti. Delegasi ini diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Norazah Abdul Rahman bersama beberapa pegawai kanan jabatan. 

Antara pengisian lawatan ini ialah kunjungan ke Perpustakaan Sultan Badlishah bagi melihat lebih dekat projek inovasi e-VIEW yang merupakan salah satu inisiatif teknologi mesra OKU yang menyediakan panduan rujukan kendiri secara interaktif dan visual. Ia direka untuk memudahkan pengguna berkeperluan khas mengakses maklumat perpustakaan dengan lebih efektif, sekaligus menyokong agenda keterangkuman digital di institusi pendidikan tinggi. Inisiatif ini selari dengan usaha UiTM dalam memperkukuh budaya inklusif, penyelidikan serta inovasi dalam kalangan warga kampus. 

Delegasi turut diberi taklimat oleh kumpulan ilham yang membangunkan inovasi e-VIEW. Taklimat tersebut adalah mengenai ciri-ciri utama sistem, termasuk antara muka mesra pengguna, sokongan visual dan audio, serta impaknya terhadap pengalaman pengguna OKU. Lawatan ini menzahirkan komitmen UiTM dalam memperkukuh budaya inovasi dan menyediakan ekosistem pembelajaran yang inklusif untuk semua lapisan warga universiti.

e-VIEW dilengkapi dengan pelbagai fungsi mesra pengguna seperti pembaca teks automatik (text-to-speech), paparan skrin bersaiz besar dengan kontras tinggi serta fungsi zum, dan sistem navigasi suara yang membolehkan pengguna menavigasi kandungan tanpa bergantung kepada visual sepenuhnya. Selain itu, antara muka peranti ini direka dengan ikon bersaiz besar dan susun atur yang ringkas bagi memastikan penggunaan yang mudah difahami.



Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.