Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Teaching Library Programme

Program Hari Keluarga Perpustakaan Tun Dr. Ismail

Program Hari Keluarga Perpustakaan Tun Dr. Ismail

MELAKA, 26-27 April 2025 – Seramai 60 peserta yang terdiri daripada staf Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor bersama keluarga masing-masing telah menyertai program Hari Keluarga PTDI 2025 yang diadakan di Qashrina Pantai Puteri, Melaka. Program dua hari ini melibatkan 17 buah keluarga dan berjaya mengukir pelbagai kenangan manis serta detik bermakna buat semua yang hadir.

Pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan telah disusun, antaranya sesi BBQ bersama, cabutan bertuah, pertukaran hadiah serta acara sukaneka yang mencuit hati. Keseluruhan program berjalan lancar dalam suasana ceria dan penuh kebersamaan.

Penganjuran Hari Keluarga ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga PTDI untuk berehat dan berlibur bersama keluarga, malah turut menjadi platform mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim antara sesama staf. Keterlibatan ahli keluarga dalam aktiviti ini turut menyemai semangat kekitaan yang lebih erat dan harmoni.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif dalam membentuk suasana kerja yang lebih mesra, ceria dan produktif dalam kalangan warga perpustakaan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan Hari Keluarga PTDI 2025. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti perpustakaan.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.