Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Teaching Library Programme

Syawal Dirai, Budi Disanjung : Majlis Persaraan & Hari Raya PTDI

Syawal Dirai, Budi Disanjung : Majlis Persaraan & Hari Raya PTDI

Segamat, 18 April 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut diserikan dengan Majlis Persaraan En. Abdul Kadir bin Abdul Rahman, Pembantu Pustakawan Tertinggi, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan dedikasi beliau sepanjang lebih 33 tahun berkhidmat di UiTM.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan doa selamat yang dipimpin oleh Encik Safwan Kamirul Ain, yang membangkitkan suasana syahdu dan penuh keinsafan dalam kalangan warga perpustakaan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Mawar Noor Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Abdul Kadir atas sumbangan dan komitmen beliau dalam memajukan perkhidmatan perpustakaan.

Ucapan perpisahan oleh En. Abdul Kadir turut menyentuh hati para hadirin. Beliau berkongsi pengalaman manis sepanjang berkhidmat dan menitipkan pesanan kepada warga PTDI agar terus bersemangat dan berdedikasi dalam menjalankan amanah.

Majlis yang penuh emosi ini turut diserikan dengan juadah Aidilfitri yang pelbagai, menyemarakkan lagi suasana silaturrahim antara staf dan tetamu yang hadir. Gelak tawa dan kenangan manis jelas terpancar di wajah semua, menjadikan majlis ini satu momen yang akan dikenang.

PTDI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Abdul Kadir atas segala jasa, ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau. Warga PTDI mendoakan agar beliau terus diberikan kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan dalam menempuh fasa baharu kehidupan selepas persaraan.

Pautan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.